Masyarakat Kadazan juga dikenali sebagai masyarakat Dusun. Suatu ketika dahulu masyarakat Kadazan pernah diperintah oleh orang Brunei. Oleh sebab kebanyakkan masyarakat tersebut hidup sebagai petani, orang Brunei memanggil mereka sebagai masyarakat Dusun sahaja. Di Malaysia, masyarakat majoriti di negeri Sabah. Oleh itu tidak hairan kebanyakan mereka menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran.
Menurut legenda masyarakat Kadazan, penempatan awal mereka adalah di sekeliling pokok Ara (Nunuk) dan Ragang (Merah) yang besar. Pokok tersebut tumbuh disebelah danau yang menjadi punca air bag mereka. Justeru itu penempatan tersebut dinamakan Nunuk Ragang dan merupakan tempat perpecahan antara masyarakat sehingga melahirkan banyak suku di Sabah.
Seperti masyarakat lain, masyarakat Kadazan juga turut mengalami beberapa perubahan sosial. Dari segi kepercayaan, masyarakat Kadazan kini ramai yang menganut agama Kristian. Ini ekoran daripada kedatangan mubaligh Kristian yang telah mempengaruhi masyarakat Kadazan yang sebelum ini hanya mengamalkan kepercayaan animisme. Walaupun demikian masih terdapat juga segelintir dalam masyarakat ini masih mengamalkan kepercayaan animisme terutamanya generasi tua.
Dari segi pergaulan, masyarakat Kadazan tidak boleh lari daripada terus berinteraksi dengan masyarakat lain. Masyarakat peribumi seperti Iban, Melayu, Melanau, Punan, Penan dan lain-lain telah dapat difahami oleh masyarakat Kadazan. Oleh itu ramai generasi muda yang dapat menerima kebudayaan tersebut dan disesuaikan dengan budaya warisan mereka.
Jika dahulu masyarakat Kadazan ketinggalan dan pelbagai aspek, kini mereka mendabik dada terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran. Kebanyakkan masyarakat Kadazan telah berjaya menjawat jawatan penting kerajaan, bahkan ada dikalangan mereka yang telah menjadi Ketua Menteri Sabah sejajar dengan pengamalan demokrasi negara. Semua ini menunjukkan bahawa masyarakat Kadazan juga tidak ketinggalan dari segi kemajuan berbanding dengan masyarakat majoriti yang lain.


No comments:
Post a Comment