Wednesday, 16 December 2015

SUKU KAUM MELANAU

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di negeri Sarawak.  Masyarakat ini mendiami beberapa kawasan seperti Rajang, Mukah-Dalat, Balingan-Tatau dan Bintulu.  Masyarakat Melanau telah banyak mengalami proses asimilasi dengan orang-orang Melayu.  Lebih separuh daripada dialek yang digunakan adalah dalam bahasa Melayu.  Bahkan kini majoriti suku kaum ini menganut agama Islam.

Seperti masyarakat Bumiputera yang lain, masyarakat Melanau juga merupakan masyarakat yang berhijrah dari kalimantan dan kemudian menyusup masuk ke Sarawak. Pada masa itu juga terdapat beberapa lagi kaum Bumiputera yang lain turut berhijrah,

Masyarakat Melanau mempunyai satu perayaan yang merupakan tradisi mereka sejak dahulu lagi, iaitu perayaan Kaul yang merupakan upacara tahunan yang diraikan oleh komuniti Melanau.  Perayaan Kaul merupakan satu daripada adat yang paling lama diamalkan.  Pada masa itu, perayaan ini penting dan segi kepercayaan Melanau dan bermotifkan penyembahan makhluk halus iaitu Ipok Kala.

Kala bermaksud muara sungai dan Ipok adalah kuasa ghaib yang menguasai sesebuah tempat.  Perayaan Kaul dibuat di sebelah kanan muara sungai.  Tempat ini dianggap penting kerana merupakan pertemuan antara darat, laut dan sungai yang menjadi kegiatan ekonomi kaum ini.






Sejajar dengan kepentingan itu perayaan Kaul, Ipok Kala dianggap sebagai kuasa ghaib yang amat kuat.  Semasa meraikan upacara Kaul, mereka berdoa kepada Ipok supaya mewujudkan kedamaian dan meningkatkan hasil tangkapan atau tuaian pada tahun yang akan datang.  Upacara ini diadakan pada setiap tahun bulan Mac.  Semasa upacara Kaul diadakan mereka perlu mengikuti beberapa peraturan yang dikenakan oleh masyarakat Melanau sendiri.

Semasa upacara tersebut seorang lelaki yang mempunyai kedudukan akan dilantik sebagai ketua dan digelar sebagai bapak Kaul.  Sebelum itu, persediaan perlu dilakukan dengan memasukkan barang-barang persembahan seperti talam yang diperbuat daripada daun nipah yang mengandungi nasi pulut, sirih pinang, rokok daun dan bendera mengikut pangkat.

Sesungguhpun demikian perayaan Kaul hanya diadakan  oleh golongan yang berpegang kepada kepercayaan lama dan bagi sekarang acara tersebut disediakan hanya sebagai acara sosial.  Walau bagaimanapun, berlainan agama, tetapi sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh semua golongan adalah baik

Tuesday, 15 December 2015

SUKU KAUM KADAZAN

Masyarakat Kadazan juga dikenali sebagai masyarakat Dusun.  Suatu ketika dahulu masyarakat Kadazan pernah diperintah oleh orang Brunei.  Oleh sebab kebanyakkan masyarakat tersebut hidup sebagai petani, orang Brunei memanggil mereka sebagai masyarakat Dusun sahaja.  Di Malaysia, masyarakat majoriti di negeri Sabah.  Oleh itu tidak hairan kebanyakan mereka menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran.

Menurut legenda masyarakat Kadazan, penempatan awal mereka adalah di sekeliling pokok Ara (Nunuk) dan Ragang (Merah) yang besar.  Pokok tersebut tumbuh disebelah danau yang menjadi punca air bag mereka.  Justeru itu penempatan tersebut dinamakan Nunuk Ragang dan merupakan tempat perpecahan antara masyarakat sehingga melahirkan banyak suku di Sabah.

Seperti masyarakat lain, masyarakat Kadazan juga turut mengalami beberapa perubahan sosial.  Dari segi kepercayaan, masyarakat Kadazan kini ramai yang menganut agama Kristian.  Ini ekoran daripada kedatangan mubaligh Kristian yang telah mempengaruhi masyarakat Kadazan yang sebelum ini hanya mengamalkan kepercayaan animisme.  Walaupun demikian masih terdapat juga segelintir dalam masyarakat ini masih mengamalkan kepercayaan animisme terutamanya generasi tua.

Dari segi pergaulan, masyarakat Kadazan tidak boleh lari daripada terus berinteraksi dengan masyarakat lain.  Masyarakat peribumi seperti Iban, Melayu, Melanau, Punan, Penan dan lain-lain telah dapat difahami oleh masyarakat Kadazan.  Oleh itu ramai generasi muda yang dapat menerima kebudayaan tersebut dan disesuaikan dengan budaya warisan mereka.




Jika dahulu masyarakat Kadazan ketinggalan dan pelbagai aspek, kini mereka mendabik dada terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran.  Kebanyakkan masyarakat Kadazan telah berjaya menjawat jawatan penting kerajaan, bahkan ada dikalangan mereka yang telah menjadi Ketua Menteri Sabah sejajar dengan pengamalan demokrasi negara.  Semua ini menunjukkan bahawa masyarakat Kadazan juga tidak ketinggalan dari segi kemajuan berbanding dengan masyarakat majoriti yang lain.
Dua Belas Haiwan Kalender Cina

Legenda Asal Usul 12 Shio(Haiwan Kalendar Cina) – Tikus, Kerbau, Harimau, Kelinci, Naga, Ular, Kuda Kambing, Monyet, Ayam, Anjing dan Babi adalah Simbol Binatang dalam 12 Shio Tradisi Tionghoa. Setiap Binatang menandakan 1 tahunan, terdapat 12 binatang yang melambangkan 12 tahunan dalam kalender Imlek. Pada Tahun ke 13, Lambang Binatang akan kembali lagi pada nombor urut pertama dan seterusnya. 12 (dua belas) binatang tersebut harus berurut sesuai dengan nombor urutan. Jadi Tikus merupakan binatang yang menduduki nombor urut pertama dan yang paling terakhir adalah Babi.
Mengapa Tikus berada dalam nombor urut pertama? Mengapa 12 binatang tersebut yang dipilih? Sampai saat ini tidak ada seorang pun yang dapat menjawabnya dengan pasti. Tetapi banyak cerita maupun legenda yang beredar di Masyarakat Tionghoa mengenai Asal-usul penggunaan 12 Binatang tersebut dalam Shio dan juga asal usul Tikus menduduki urutan pertama diantara binatang-binatang lainnya.
Berikut ini adalah salah satu Cerita Legenda asal usul 12 Shio dan binatang-binatang yang diplihnya dalam melambangkan nama Tahun.
Pada zaman dahulu kala di China, Masyarakat saat itu tidak mengetahui bagaimana caranya untuk menghitung Tahun, bulan, hari dan Waktu. Oleh sebab itu, Masyarakat saat itu memohon dan berdoa kepada Kaisar Langit (Yu Huang Da Di [玉皇大帝]) untuk mengajarkan cara perhitungan tersebut. Kaisar Langit (Yu Huang Da Di) kemudian berfikir bahwa binatang dan manusia mempunyai hubungan yang sangat dekat. Jika menggunakan Nama Binatang sebagai Nama Tahun, maka Manusia akan mudah mengingatkannya.
Tapi di Bumi terdapat banyak sekali jenis Binatang, bagaimana cara memilihnya?
Kaisar Langit akhirnya memutuskan untuk menyelenggarakan satu perlumbaan penyeberangan Sungai pada hari ulang tahunnya. 12 Binatang yang berhasil menyeberang dan mencapai titik akhir perlombaan  lebih duluan akan ditetapkan sebagai panggilan nama tahun. Setelah pengumuman tersebut diumumkan, semua binatang di muka bumi ini ingin memenangkan perlumbaan agar nama mereka terdaftar sebagai lambang nama tahun.



Pada waktu itu, Kucing dan Tikus adalah teman baik, mereka sering makan dan tidur bersamaan. Tikus mengatakan kepada kucing bahwa dia ingin memenangkan Perlombaan ini agar nama “Tikus” dapat dijadikan lambang tahun, tetapi kesempatan untuk menang akan sangat kecil karena badannya yang kecil dan juga kemampuan berenang yang kurang baik. Kucing kemudian berkata “Kerana badan kita kecil, kemampuan lari pun tidak cepat, oleh kerana itu, kita harus bangun tidur lebih cepat. Si Kerbau biasanya bangun lebih pagi, kita minta si Kerbau untuk membangunkan kita pada hari perlombaan tersebut”. Si Tikus sangat senang setelah mendengarkan nasihat dari si Kucing.
Pada hari perlumbaan, sebelum matahari terbit, si Kerbau pun menepati janjinya dengan membangunkan si Tikus dan si Kucing. Si Kerbau juga berbaik hati memperbolehkan si Tikus dan si Kucing untuk duduk di atas badannya. Sesampainya di pertengahan Sungai, si Tikus kemudian mendorong si Kucing jatuh ke Sungai. Karena si Kerbau hanya fokus pada pertandingan, si Kerbau pun tidak merasakan bahwa si Kucing telah jatuh ke Sungai. Pada saat hampir mendekati titik akhir perlombaan, si Tikus tiba-tiba loncat dari badan si Kerbau dan dengan sekuat tenaganya berlari menuju ke titik akhir perlombaan. Si Tikus berhasil menjadi yang pertama (1) tiba di titik akhir perlombaan. Sesaat kemudian si Kerbau tiba mendapatkan urutan ke dua (2).
Beberapa saat kemudian si Harimau pun tiba dengan badannya yang basah kuyup, tetapi hanya dapat urutan ke tiga (3). 
Si Naga kemudian muncul dari langit dan menuju ke titik akhir perlombaan, tetapi tiba-tiba si Kelinci muncul dan lebih dulu mencapai titik akhir perlombaan. Sebenarnya si Kelinci juga tidak bisa berenang, si Kelinci hanya meloncat-loncat dengan menginjak badan-badan binatang di permukaan sungai yang ikut dalam perlombaan.  Si Naga terlambat karena memiliki tugas untuk memberikan hujan di daerah timur. Dengan demikian si Kelinci mendapat urutan ke empat (4) dan si Naga menduduki urutan ke lima (5).
Tak lama kemudian muncullah Kuda, Kambing, Monyet, Ayam dan Anjing yang berusaha berlari menuju ke titik akhir perlombaan. Tiba-tiba muncul seekor ular besar dari padang rumput dan menduduki urutan ke enam (6). Kuda hanya mendapat urutan ke tujuh (7).  Kambing, Monyet dan Ayam adalah binatang yang tidak bisa berenang,  mereka mencari sepotong kayu besar untuk membantu mereka menyeberang sungai tersebut. Dengan modal sepotong kayu dan saling membantu, akhirnya mereka bertiga juga mampu mencapai titik akhir perlombaan. Kambing menduduki urutan ke lapan (8), Monyet ke Sembilan (9) dan Ayam mendapatkan urutan ke sepuluh (10).
Urutan sebelas (11) diduduki oleh si Anjing. Si Anjing sebenarnya dapat tiba lebih awal, tetapi kerana sifatnya yang suka bermain, si Anjing akhirnya memilih untuk mandi dan bermain air dulu sebelum menyeberang sungai.
Urutan terakhir berhasil diraih oleh siapa? Masing-masing binatang sibuk melihat sana sini dengan penasaran siapa yang akan menjadi yang terakhir ini. Tiba-tiba dengar suara Babi yang terdengar dari jauh. Semua binatang merasa aneh, Babi merupakan binatang yang paling malas tetapi berniat juga mengikuti perlumbaan. Sesampainya di titik akhir, dengan suara yang terhengah-hengah, si Babi bertanya kepada binatang-binatang lainnya “Apakah ada Makanan enak di sini?”. Semuanya mengetawakan si Babi. Tetapi dengan demikian, si Babi juga berhasil mendapat tempat di urutan ke dua belas (12) dalam perlumbaan ini.
Kaisar Langit kemudian mengumumkan para pemenang perlumbaan beserta dengan urutannya “1. Tikus, 2. Kerbau, 3. Harimau, 4. Kelinci, 5. Naga, 6. Ular ……”. Tiba-tiba si Kucing muncul dengan badan yang basah dan bertanya kepada Kaisar Langit, “Saya dapat urutan ke berapa?”. Kaisar Langit kemudian menjawab “anda datang terlambat, perlumbaan telah selesai”.
Mendengarkan jawaban tersebut, si Kucing sangat marah dan berkata, “Ini gara-gara si Tikus, saya akan memakannya….”. Cakar si Kucing hampir saja melukai di Tikus, Kaisar Langit dengan cepat mencegah tindakan si Kucing. Dengan hati yang takut dan bersalah, si Tikus kemudian meloncat ke samping Kaisar Langit untuk meminta perlindungan.
Si Tikus memang telah menang dalam perlumbaan dan menjadi nombor satu di urutan 12 shio, tetapi karena perbuatannya, si Tikus setiap saat dikuatirkan dengan tindakan balas dendam si Kucing. Setiap melihat Kucing, si Tikus pasti ketakutan dan lari menghindarinya. Pada Siang hari, si Tikus juga harus bersembunyi di Lubang kecil agar tidak jumpa dengan si Kucing. Inilah akibat dari kesalahan si Tikus terhadap si Kucing.

Di antara 12 jenis haiwan dalam kalender Cina, masyarakat cina sering menggunakan kuda dan harimau sebagai ilham kerana memiliki sifat yang tangkas.  Sebaliknya kera dan babi sering dihina-hina oleh masyarakat cina kerana ciri-cirinya yang pengotor dan malas untuk babi dan hiperaktif untuk kera.  Walau bagaimanapun, naga tetap menjadi haiwan yang paling diminati oleh masyarakat cina lantaran lagenda yang indah sejak turun-temurun.

Monday, 14 December 2015

FESTIVAL HANTU MASYARAKAT CINA

Festival ini merupakan tradisi dan kepercayaan masyarakat cina yang wujud pada zaman dahulu kala lagi.  Perayaan ini dipanggil Zhong Yuan dalam sebutan cina yang jatuh pada tarikh 15hb. Julai setiap tahun mengikut kalendar cina.  Sebenarnya perayaan Zhong Yuan berasal dari ajaran Taoisme. Dalam Taoisme, istilah "Zhong Yuan" adalah berdasarkan tiga perayaan (san yuen) yang penting.  San Yuen bermaksud 15hb. Januari, 15hb. Julai dan 15hb. Oktober, iaitu tiga hari yang bulannya purnama. 

Menurut konsep Yin Yang, pada 1hb setiap bulan konsep Yang (terang) paling kuat pengaruhnya, manakala 15hb. setiap bulan didominasi oleh Yin (gelap).  Berikutan itu, kerja-kerja menembah dewa bulan, dewi, dewa pwnghukum dan menyembah roh-roh nenek moyang ditetapkan pada 15hb.  Orang cina mempercayai bahawa 15hb. Julai, roh nenek moyang akan balik ke rumah anak cucunya sekali setahun.  Mereka yang hidup bukan sahaja akan menyembah roh-roh itu, malahan juga akan menjalankan upacara menghalau hantu-hantu jahat, selain menghindari kecelakaan.

Terdapat pelbagai aktiviti Festival Hantu dijalankan, antaranya menyembah roh nenek moyang, menyediakan makanan untuk roh yang tidak bertuan, menyempurnakan upacara bagi mereka yang baru meninggal dunia, upacara pujaan pasu, menyalakan pelita sepanjang sungai dan menyelamatkan seluruh umat manusia.

Menyentuh aktiviti menyembah roh nenek moyang, ia bermaksud menyediakan minuman arak dan membakar alat-alat keperluan seperti kasut, topi, kereta, rumah baju berwarna-warni, wang yang diperbuat daripada kertas untuk kegunaan si mati di neraka nanti. Upacara ini dilakukan besar-besaran seperti melayan tetamu khas kerana orang cina mempercayai bahawa roh nenk moyang pasti balik pada bulan ini.  Menjelang Festival Hantu, bukan sahaja rakyat biasa mengadakan upacara penyembahan, malahan penganut-penganut buddha juga pergi ke kubur untuk menyembah.






 
YIN YANG



Sesetengah golongan masyarakat cina juga menyediakan makanan untuk roh yang tidak berkeluarga.  Malahan terdapat mereka yang mengadakan persembahan tertentu.  Dalam pertunjukkan itu, gadis-gadis berbaju serba putih, digari dan berlakon sebagai roh banduan, manakala pemuda-pemuda berlagak sebagai pengiring kepada Dewa Neraka, mengangkat tandu mengeliling kota untuk tujuan menghapuskan dosa-dosa si mati.

Mengikut kepercayaan orang cina, 15hb Julai ialah cuti umum di neraka di mana pintu neraka dibuka luas.  Maka tiada pintu penghalang lagi antara manusia dan hantu.  Hantu-hantu lama boleh balik ke rumah untuk menikmati hidangan makanan, manakala roh-roh yang baru mati boleh mengambil kesempatan untuk kembali ke neraka.

Satu lagi aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti menyala pelita sepanjang sungai menjelang festival ini, ini berdasarkan kepercayaan buddha bahawa roh si mati dalam proses reinkarnasi akan melalui "Sungai Derita".  Oleh itu, semasa mengadakan upacara untuk menyelamatkan roh itu, orang-orang cina perlu menyalakan pelita supaya roh si mati selamat menyeberang sungai ini.  Tradisi ini bermula sejak Dinasti Sung lagi.

Penganut-penganut Buddha mengejar impian kehidupan di hayat akan datang.  Hayat ini dan kehidupan sekarang dianggap proses peralihan dari penderitaan ke alam kebahagiaan.  Lantaran itu lahirlah upacara menyelamatkan semua umat manusia pada bulan Julai.

Daripada beberapa aktiviti yang dilakukan dalam festival hantu ini, jelas menunjukkan ajaran agama Buddha banyak mempengaruhi festival ini.  Walau bagaimanapun, daripada asal usul dan proses pembentukan, festival ini sebenarnya adalah warisan bangsa Cina di negara China beribu-ribu tahun.
Tujuan utamanya untuk menyembah roh nenek moyang dan menyelamatkan roh si mati.  Ini bertepatan dengan konsep "Xiao" (Taat Setia) dalam masyarakat Cina.