Monday, 30 November 2015

APAKAH ITU BUDAYA??? 

Budaya merupakan suatu konsep yang tak dapat diterangkan secara terperinci dimana timbul pelbagai pendapat.  Antara pendapat yang dapat dilihat ialah Devito (2009) yang menyebut bahawa budaya terdapat dua aspek utama iaitu pertama, secara realtifnya budaya mempunyai elemen-elemen khusus tentang cara kehidupan manusia.  Kedua ialah budaya ini diturunkan secara turun-temurun melalui komunikasi dan bukannya disebabkan faktor genetik

Pendapat kedua dikemukakan oleh Trenholm dan Jensen (2009) menyebut budaya sebagai nilai dan kepercayaan, norma dan adat, peraturan-peraturan dan kod-kod yang didefinisikan secara sosial oleh sekumpulan masyarakat yang menjadi pengikat sekumpulan manusia serta mewujudkan persamaan antara sekumpulan manusia tersebut.

Seterusnya ialah pendapat Tubbs dan Moss (2010) yang menyatakan budaya ada cara kehidupan yang dibina dan dikongsikan oleh sekumpulan manusia dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.  Ia terbina dari elemen-elemen yang kompleks seperti adat resam, sistem politik, bahasa dan sebagainya. 

Melalui definisi yang diberikan, kita dapat melihat bahasa cara kehidupan manusia kini adalah manifestasi daripada masa lampau yang mempengaruhi sehinggalah terjadinya cara kehidupan manusia pada zaman sekarang.  Perubahan yang dapat dilihat adalah dari aspek tingkah laku, cara berkerja dan amalan yang diamalkan pada masyarakat kini.





Kita dapat melihat budaya dari 3 aspek, pertama ialah aspek yang besar iaitu kita melihat budaya antara negara.  Sebagai contohnya, budaya negara Malaysia dan negara lain sehinggakan kini kita nampak dengan jelas perubahan gaya pemakaian kita yang dipengaruhi oleh negara lain.  Aspek yang kedua ialah aspek sederhana dimana kita melihat sesebuah organisasi dengan sesebuah organisasi yang lain dalam budaya.  Sebagai contohnya kita melihat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan universiti yang lain, budaya yang dapat dilihat ialah UPSI disiplinnya tinggi dari segi pemakaian juga perlu kemas begitu juga dengan tingkah laku dan yang penting sekali pelajar UPSI adalah dilarang sama sekali untuk terlibat sama sekali dalam politik.  Berbeza pula dengan universiti yang lain dimana ada pelajarnya terlibat dalam aktiviti politik.  Aspek yang ketiga ialah dari aspek yang kecil iaitu budaya etnik yang ada dalam Malaysia,  terutamanya etnik utama iaitu Melayu, Cina, dan India.

Dalam Malaysia, islam tidak meletakkan institusi agama di bawah budaya sebagaimana yang dilakukan oleh sarjana-sarjana barat.  Hal ini sedemikian kerana sesetengah budaya adalah salah disisi agama islam.  Sebagai contoh, dalam agama islam adalah tidak dibenarkan sama sekali hubungan songsang iaitu sejenis namun budaya tersebut di barat adalah dibenarkan.  hubungan songsang adalah dilarang sama sekali dalam agama islam mahupun agama lain.

Ringkasnya, budaya boleh dikatakan sebagai suatu peraturan atau norma yang dihasilkan dari zaman dahulu lagi serta diwarisi generasi kini sehinga ke hari ini. 

No comments:

Post a Comment